Seimbas lalu

Mencipta akaun penterjemah

Mula dengan mencipta satu akaun pada Vertimus, alat web kolaborasi penterjemah GNOME yang baharu. (Nota: terdapat beberapa masalah dengan login OpenID.)

Setelah akaun anda dicipta, edit profil anda supaya orang lain boleh mengetahui siapa dan bagaimana untuk menghubungi anda. Komunikasi merupakan inti kepada proses penterjemahan Gnome.

damn-join.png

Pasukan-pasukan Penterjemah

Langkah seterusnya adalah untuk menambah diri anda sebagai penterjemah pada pasukan yang dilantik menterjemah bahasa-bahasa yang anda ingin terjemah.

Apabila telah selesai melawat laman pasukan tertentu. Anda akan dapat lihat pasukan manakah anda selaku penterjemah pada laman profil di dalam senarai “Team membership”.

Setiap laman pasukan ada memaparkan siapakah yang mengkoordinasi pasukan, pautan ke senarai pepijat yang ditugaskan kepada pasukan tersebut dan pandangan sepintas lalu status penterjemahan sekarang. Senarai orang yang menterjemah untuk bahasa tersebut serta peranan mereka turut dipaparkan.

damn-members.png

Sebagai ahli pasukan, adalah disarankan untuk mengertai milis. Dengan ini, anda akan menerima notis untuk semua tindakan yang dilakukan oleh ahli pasukan.

Peranan-peranan Di dalam Menterjemah

Penterjemah

Senarai penterjemah mengandungi merekan-mereka yang membantu di dalam penterjemahan GNOME ke bahasa tertentu dengan menambahkan diri sendiri ke pasukan penterjemah. Penterjemah boleh menambah komen kepada penterjemahn fail PO tertentu, menyediakan untuk penterjemahan dan menyarankan penterjemahan baharu dengan memuat naik fail PO baru. Penterjemahan yang disarankan akan disemak oleh ahli pasukan tersebut.

Penyemak

Penyemak adalah penterjemah GNOME yang ditugaskan oleh koordinator pasukan untuk menyemak terjemahan-terjemahan yang baharu disarankan oleh penterjemah, semakan atau pelaksana). Mereka mempunyai akses kepada semua tindakan yang sedia ada pekada seorang penterjemah dengan tambahan tugas semakan (cth menyandarkan fail terjemahan untuk bacaan pruf, tanda terjemahan sedia untuk dimasukkan ke GNOME).

Pelaksana

Pelaksana adalah orang yang mempunyai hak untuk membuat perubahan pada terjemahan GNOME yang akan dilepaskan. Melainkan terjemahan tidak dilaksanakan oleh pelaksana, terjemahan itu hanya akan terpapar pada antaramuka web sebagai fail po yang dilampirkan.

Para pelaksana mempunyai akses kepada semua tindakan penyemak dengan tambahan boleh menanda fail po yang telah dilaksanakan dan mengarkib perbincangan untuk saranan-saranan baharu.

Menyumbang terjemahan

Tempat untuk bermula adalah laman pasukan anda. Terdapat senarai “Keluaran-keluaran” bersama dengan statistik terjemahan untuk setiap keluaran. Fokus terjemahan ditetapkan pada pembangunan GNOME, dan modul-modul penting yang lain adalah GNOME Pejabat, infrastruktur GNOME dan Aplikasi-aplikasi Tambahan GNOME.

Untuk setiap seksyen anda boleh memilih untuk menterjemah antaramuka aplikasi pengguna atau dokumentasi. Adalah disarankan untuk bermula dengan antaramuka pengguna dan disambung dengan dokumentasi.

Ini adalah paparan pasukan Romania dan sepatutnya paparan untuk pasukan anda juga adalah sama. l10n-team1.png

Sebagai contoh kami akan memilih untuk menterjemah antaramuka pengguna untuk GNOME pembangunan/development.

Anda akan dapat lihat senarai aplikasi dan status untuk setiapnya. Dipaparkan adalah peratusan string yang telah diterjemah dan didalam kurungan anda dapat lihat bilangan string yang telah diterjemah, bilangan string fuzzy(terjemahan yang kurang pasti), dan bilangan string yang tidak diterjemah(mengikut aturan ini).

String fuzzy adalah teks yang telah diterjemah didalam versi terdahulu sesuatu aplikasi tetapi teks permulaannya telah diubah atau dipindah untuk mencegah kehilangan terjemahan awal dan teks tang telah diterjemah dipadankan dengan string baharu.

Ini adalah paparan beberapa pakej dari GNOME Pembangunan: l10n-dev.png

Selain dari peratusan terjemahan, anda juga dapat melihat status untuk setiap pakej.

No status - Jika tiada teks status, ini bermakna pakej ini menanti anda untuk menterjemahkannya atau untuk memperbaiki teks terjemahan sedia ada.

Translating - Jika status adalah “translating”, seseorang telah menunjukkan minat untuk menterjemah aplikasi ini dan telah menyandarkan aplikasi ini supaya dapat mengelakkan ramai orang menterjemah pada terjemahan yang sama dalam satu masa. Anda juga boleh lihat semenjak terjemahan telah ditandakan “reserved” sama ada penterjemah tidak aktif untuk suatu jangka masa, anda boleh hantar komen dan tanya jika penterjemah tersebut sanggup “melepaskan” terjemahan dan membenarkan anda melakukannya.

Translated - Ini bermakna penterjemah selesai menterjemah dan teks terjemahan menunggu semakan dan dilaksanakan.

To review - Ini bermakna penterjemah memohon seseorang untuk menyemak terjemahannya.

Proofreading - Status ini menandakan penterjemah telah diselesaikan oleh salah seorang penterjemah dan sedang disemak oleh seseorang didalam pasukan.

To commit - Ini bermakna penyemak telah memeriksa dan membetulkan terjemahan dan sedia untuk dilaksana dan tersedia untuk semua pengguna

Alir Kerja Terjemahan

Cari yang hendak diterjemah

Sebagai penterjemah anda akan mencari yang masih lagi belum diterjemah, tempah dan serahkan terjemahan.

Anda juga boleh menambah komen dan mengambil bahagian di dalam perbincangan-perbincangan terjemahan lain.

Untuk setiap tindakan anda boleh menambah komen dan memuatnaik satu fail.

Untuk setiap fail yang telah dimuatnaik anda boleh melihat perbezaan antara terjemahan anda dan terjemahan sedia ada.

Setiap ahli pasukan boleh menambah komen dan melakukan beberapa tugasan bergantung kepada peranan mereka di dalam pasukan. Di bawah adalah sejarah tindakan untuk satu aplikasi. Pada permulaannya ada beberapa komen, kemudian terjemahan ditempah untuk diterjemah, selepas itu terjemahan diserahkan dan ditempah untuk disemak.

l10n-action.png

Tempah terjemahan

Mari andaikan kita hendak menterjemah “Seahorse”. Kita akan cari di dalam GNOME Development dan kemudian menempah untuk diterjemah dan tinggalkan mesej memaklumkan ahli pasukan yang lain tentang rencana kita (cth andaikan bila terjemahan boleh siap).

Sepatutnya kelihatan seperti dibawah:

l10n-reserve.png

Selepas itu kita akan memuat turun fail-fail untuk diterjemah dan ini adalah bahagian yang paling penting. Kita akan memuat turun fail untuk diterjemah dari laman terjemahan "Seahorse". Di dalam cekupan skrin di atas kamu patut nampak satu bulatan merah (dibuat) mengelilingi pautan.

Jika belum ada lagi terjemahan untuk aplikasi ini kamu akan memua turun fail POT (templat PO)dan kamu perlu tukarkannya ke fail PO kerana kamu akan menterjemah pada fail PO. Namakan semula sambungan fail kepada .po dan tanyakan kepada penterjemah lain untuk membantu untuk menetapkan fail po permulaan.

Jika telah ada terjemahan sebelumnya untuk aplikasi ini kamu akan memuat turun fail PO kerana telah dicipta sebelum ini dari fail POT.

Terjemah

Buka fail PO dengan pengedit teks atau pengedit fail PO yang khusus. Dalam contoh ini kita akan guna PoEdit kerana tersedia pada GNU/Linux, Windows dan OS X.

Ini adalah tingkap utama PoEdit:

l10n-poedit.png

Terjemahkan fail, simpan dan muat naik kembali pada laman web terjemahan GNOME. Itu sahaja.

Sebelum memulakan kerja menterjemah, sila semak laman sesawang pasukan dan pastikan anda baca terjemahan.

Jika ada soalan, usah segan untuk menghubungi koordinator pasukan penterjemah untuk bahasa anda.

Terjemahan untuk laman ini

中文(Chinese) - English

TranslationProject/ContributeTranslations/ms (last edited 2010-10-25 12:13:48 by UmarzukiMochlis)